Hari terakhir Idlan di Taska Vonad

November 29, 2013

salam semua...

hari ni adalah hari terakhir Idlan di Taska Vonad... erm, saya mula hantar dia ke situ sejak umur dia 2 bulan lagi.. sejak Taska tu baru buka la.. Idlan antara perintis di taska tu... tapi bila hari ni hari terakhir saya rasa sedih dan gembira pulak.. yela.. di tempat tu la dia membesar...kenal cikgu-cikgu yang baik-baik... tapi tula.. cikgu yang berkaliber pun dah resign sebab sambung belajar... dan cikgu lain pulak silih berganti...

Idlan tukar bukan sebab taska tu tak elok.. ok.. cuma yela.. ada beberapa perkara perlu difikirkan:
  1. sebab saya dah pindah Semenyih... agak susah nak masuk ke Bangi dulu sebelum bergerak keluar ke tempat kerja...
  2. sebab nak bagi pendedahan baru pada Idlan... Hijrah bagi saya... dia kena biasakan diri di tempat baru supaya bila masuk sekolah rendah, dia dah bersedia untuk berhijrah lagi..
  3. supaya Idlan dapat rasa pengalaman belajar/bermain/berkawan di tempat baru yang lebih rasa kanak-kanak berbanding tempat lama...


petang nanti hubby akan bawa dia buat medical checkup.. yup.. kena buat pemeriksaan dulu sebagai syarat untuk masuk ke taska tu... hati saya ni berdebar memikirkan keadaan pada hari Isnin nanti.. macam mana keadaan dia? Idlan ni jenis susah sikit kalau dengan orang yang dia tak biasa... even kat tempat lama pun, dia nak kat cikgu yang jaga dia saja.. dengan orang lain confirm dia taknak masuk... tapi saya kena berfikirkan POSITIF.... yakin yang Idlan akan dapat sesuaikan diri dengan baik Isnin ni...

macam mana pulak dengan Irsyad? erm, Irsyad saya akan tukarkan mulai bulan 1 nanti.. sebabnya tempat Irsyad dalam proses pengubahsuaian... insya allah, bulan 1 nanti baru siap.. dan dia satu lagi reason yang buat saya susah hati... Irsyad plak jenis taknak dengan orang.. even dengan abah dia pun kadang-kadang dia tak mau.. dan sekali lagi saya harap sangat semoga masa Irsyad nanti dia akan ok.. 

biasalah.. bukan semua orang boleh terima perubahan.. apatah lagi anak-anak yag ditinggalkan dengan orang yang tak dikenali... apa-apa pun, doakan semuanya berjalan lancar yer...

mood: berdebarnya...


You Might Also Like

2 comments

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram