Selamat Hari Lahir yang ke4 Idlan


budak yang malu-malu kucing bila mintak bergambar...hehehe...

ni gambar yang saya ambil tadi masa ke klinik... dah siap dressing dah jari dia tu...masa kat dalam bilik rawatan tadi, takut betul dia bila attendan tu nak letak ubat... mungkin masih ngeri lagi kenangan hari Isnin yang lepas...jadinya atendan tu tukar ubat lain... barula dia tak takut sangat... tu pun kena pujuk dulu baru la dia bagi letak ubat...

sebenarnya kat nursery tadi jari dia berdarah lagi... cikgu dia cakap dia sendiri yang gi tarik luka tu.. habis berdarah... tapi dia tak nangis pun..senyap jer... mungkin dia takut kot... nasib baik cikgu dia nampak.. terusla diorang letak ubat....so, berhenti la darah tu...

erm, kesian dia... time birthday dia la benda macam ni nak jadi pun...erm, sebenarnya saya ada packing goodies bag untuk diberi pada anak-anak di nursery tu..tapi disebabkn lewat ke opis pagi ni... jadinya esok jer la kami bagi goodies bag tu... nak sediakan kek, nursery tu cakap kena order 3 kg punya..huhu... bajet tak cukup la plak lepas raya ni... so, kami bagi apa yang termampu je la...

so, Idlan.. mungkin sekarang tak pandai baca lagi.. tapi nanti bila dah besar, boleh baca blog mama ni tau..hehe.. pesan mama moga Idlan akan menjadi anak yang soleh dan menjadi abang yang bertanggungjawab pada adik-adik... ingat, mama dan abah sentiasa sayang pada Idlan dan Irsyad...

Selamat Hari Lahir yang ke4
Muhammad Idlan Muqri

love,
Mama

Comments

syawalsimpsons said…
happy bufday idlan....nanti boleh la sue datang raya umah kat sini..kat bangi kan
Selamat hari lahir Idlan.. Semoga menjadi anak yg soleh ye :)
Aju Mohit said…
selamat hari lahir idlan, moga pjg umur n murah rezeki, dan semoga jadi anak yg soleh
Zefa NorAsmara said…
Selamat hari jadi Idlan (sorry lambat wish) semoga jadi anak soleh yg berjaya dunia akhirat..
Mimi Azirah said…
happy belated birthday idlan