Wall Makeover By Na With Nadiafarahida Secara Percuma

July 18, 2013


pucuk dicipta ulam mendatang.. (betul ke pepatah saya ni??)

tadi buka blog Masya tengok dia buat entri ni.. terus la saya laju-laju join.. haha.. kenapa? kan saya nak pindah umah nanti... so, rumah tu memang saya plan nak cat.. saya and hubby setuju nak pilih warna hijau + putih.... so, design kat bawah ni sangat-sangat bertepatan dengan pilihan kami tu...

Sebenarnya CIk Nadia dilantik sebagai OFFICIAL BLOGGER MANAGER oleh Wall Makeover By Na dan mahu mencari 3 buah rumah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Lembah klang .. untuk memenagi makeover yang setiap satunya bernilai RM500 ....

alang-alang pemilihan lokasi rumah tu dalam kawasan rumah saya... so, WAJIB la join kan???

cara-cara nak join,

1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini.

2. Like facebook fanpage nadiafarahida tekan sini. 

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Nayang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. 

4. Buat 1 entry di blog masing-masing, attachkan sekali design yang korang dah pilih siap-siap dari facebook fanpage Wall makeover by Na tadi dan sambungkan ayat ini, 
" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."


Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana saya bakal menduduki rumah teres setingkat tak lama lagi dan saya memang dalam perancangan untuk mengecat rumah tersebut. Design di atas sangat memenuhi pilihan kami kerana saya dan suami memilih untuk mengecat ruang tamu kami dengan warna seperti di atas. Namun, rekaan bentuk segi empat itu amat menarik hati saya kerana saya tidak pernah terfikir untuk mengecat rumah kami sedemikian rupa. Saya berharap Cik Nadia akan memilih saya antara pemenang tersebut.

Sekian terima kasih.

You Might Also Like

3 comments

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram