cara keluarkan kahak anak atau bayi yang betul....



erm, tadi saya ternampak entri pasal kahak ni kat blog Dunia Kecilku.... dan sumber asal adalah dari Shehan Ismail... erm, dulu saya pernah buat entri pasal ni kt SINI (huhu..masa ni tak reti lagi nak buat entri...) so yang saya tahu hanya teknik tepuk.... bila saya baca entri dari Shehan ni barula saya tau rupanya itu adalah step yang terakhir sekali.. patutler kahak Idlan tak keluar-keluar.... dan first time saya dengar perkataan "nebulizer".. rupa-rupanya yang saya dok bawak Idlan p klinik untuk "sedut' tu nebulizer namanya..haha..ketinggalan betul....

ok, back tu the info... jom kita tengok cara yang betul k... (ni pun utk simpanan saya jugak)....


STEP 1
NEBULIZER
Maka, HD (anak dia k..) buat nebulizer.
Doc dtg mencelah lg masa nebulizer tu. Dia ambil pendekatan letak air agak banyak jd masa lebih panjang utk let that kahak keluar. Terbukti. HD sepanjang nebulizer tu asik batuk n finally kahak dia keluar BANYAK GILA!!

Ya Allah. Patutla HD x slesa je sblm nih. Batuk mcm x lepas je. Sian sgt!!
STEP 2
SUCTION
Then, doc do the suction. Dia gunakan tiub getah suction yg SANGAT HALUS compare to other hosp yg Mommy pernah tgk. Dia gunakan utk geli2kan hidung & tekak HD jer. Mmg ada hingus & darah kua melalui tiub tersebut. But, it's normal. Finally, HD muntah kahak gegiler!! Betul!!

Kalau tengok like sekilo kahak yang keluar tu, maka sekilo lah yang ada kat dalam tu sebenarnya.
STEP 3 [LAST]
Tepuk utk kuakan kahak.
[PERCUSSION]
TEPUK INI DIBUAT SELEPAS PROSEDUR NEBULIZER/WAP SELESAI!
HD nangis2 sbb orang asing pegang dia. Tepuk2 smpai kua/leleh kahak lagi.
Punya la banyak 'hasil' hari nih! Hasilnya, HD senyum sepanjang hari. Selesa gamaknya. Hidung x berair lagi..
Now, Mommy fikir, ada bagusnya dia batuk n flu. Jgn galakkan dengan ubat sangat. Gunakan saja cara wap yang free of charge & tepuk utk kuakan kahak tu. I'Allah. Kahak tu xkan ganggu paru2 kita lagi lepas tu. Like org dewasa, dah pndai kuakan kahak. Ini baby, mana la dorg reti. Kitalah yang dewasa gunakan cara tersebut.


ALTERNATIF SELAIN NEBULIZER [STEP 1]
[MAKE SURE ANAK PUASA 2 JAM SEBELUM PEGI WAT NEBULIZER/ ATAU PROSES WAP DI RUMAH]
Selain nebulizer, doc suh gunakan procedure air berwap jugak. Sediakan air panas/suam. Tiarapkan baby atas peha kita [melintang]. Then tgn dia kena ltk bawah badannya so x gerak2. Then bia dia hidu wap air panas yang kita prepare [letak kt bawah, muka menghala ke wap tersebut utk bolehkan dia hidu]. Make sure jangan bagi minum susu 2 jam before ye. Lapa sgt, kasi mnum air jap. hehehe

contoh STEAM kt rumah:

1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap atas peha kita [juga boleh letak atas bantal (di bawah perut), pastikan bantal itu tidak terlalu tebal]. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. DIINGATKAN, INI ADALAH PROSES SEPERTI NEBULIZER jugak.. Cuma kadar yang x sekuat nebulizer ofkos! Steam smpai wap abeh -tamat. atau 10-20 mins. whichever earlier!
kasi dia hidu wap tersebut.

2. Setelah tamat wap tersebut [hingus leleh gilerrrr], STEP LAST pulak! TEPUK!!! Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. JANGAN TEPUK TULANG BELAKANG!

3. Caranya, tiarap kan baby, tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula.
Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

4. Kemudian, tepuk sebelah atas pula. Baringkan baby & tepuk kiri kanan atas. Jgn tepuk tengah dada.
opss. HD nak pegi kt Daddy dia. tu pasal cmnih. klu x nmpk muka Daddy, ok jer
5. Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah. 
 ok, selamat mencuba semua... Good Luck... saya pun akan mencuba gak lepas nih....

Sharing  Is Caring


 ================================================================

update:

Kalau anak-anak korang memang jenis yang kerap batuk berkahak ni dan korang plak tak reti sangat nak apply cara teknik percussion ni, korang bolehla cuba amalkan Omega Guard dari Shaklee.
Omega Guard Bantu Masalah Kahak Anak-anak

Omega Guard ni membantu mencairkan kahak tau. Omega Guard Shaklee sangat membantu kerana ianya mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi seperti EPA, DHA, ALA dan banyak lagi yang mampu merangsang sistem imun dan penting untuk pemulihan tisu peparu. Banyak lagi la fungsi Omega ni, kalau korang nak tau lebih lanjut korang jenguk kat SINI lah yer..


jom tengok apa kata pengguna:


kalau korang berminat, boleh la PM saya k...
SMS/Whatsapp: 017-6551432

Comments

IntaNBerliaN said…
ooo camni ke caranya.. lps ni kakja blh la try wat gitu kat idlan..

p/s : letak lah date dkt entry..
fieda said…
ooo..bagus info ni utk ibu2..
owh.. br tau, hehe...
kayyana said…
owh.. thanks for sharing the info.. sgt berguna nih...
zamri said…
tq...good info...
zamri said…
tq...good info...
uNa said…
aliff pn penah gak amik nebulizer untuk buang kahak..siap masuk wad tiap2 bulan lagi..start umor dia 6,7 & 8bulan..alhamdulillah sekarang dh ok.
zamri saiman said…
terima kasih, memang tgh cari cara terbaik hilangkan kahak baby...
good entry n good info!!..bolehlah try kat sofia..selamanie hanya madu jadi umat..kalau ada cara mcm nie boleh praktikkan..
shamila said…
Thanks for information
Sohif Mash said…
Terima kasih byk2. .sgt2 berguna pada para ibu.
Anonymous said…
sy da buat. tp x kuar2 kahak dia cuma hingus je byk.
Anonymous said…
Nebulizer sbenarnya utk cairkan kahak yg pekat. bila kahak pekat tu yg susah nak kuar.
Letak air tu agak bhaya sket takut2 kene aspiration pneumonia plak.

Cek kak, mna2 hosp. pun, doc tak buat suction. maybe staff kesihatan lain tp doc pulak dpt nama..

yg tepuk2 tu bknnya sekadar main tepuk2. nak kena auscultate dulu bhgian paru2 yg byk kahak. pastu letak bby dlm posisi yg btul, then baru tepuk..

just sharing.. :)