SI KEMBAR (SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT) SELANGOR

July 17, 2012


salam semua, pagi tadi masa kemas-kemas beg Idlan untuk dibawa ke Taska, saya perasan ada satu borang yang teacher Idlan letak dalam beg....baru saya tahu ada program SI KEMBAR (SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT) tapi untuk rakyat Selangor jer la... 


(sori, gambar tak berapa clear)


hati dah mula seronok sebab Idlan memang lahir di Selangor tapi bila tengok syarat-syarat, adeh, sedih la plak sebab saya tak layak.. pendapatan isi rumah mesti RM1500.00 ke bawah bagi keluarga yng mempunyai anak 1-3 orang yang berumur di bawah 4 tahun...erm, kalau dapat, setiap bulan, duit sebanyak RM100.00 akan dimasukkan terus ke taska anak kita.. so, bayaran bulanan dah jimat la sikit kan...


 erm, korang boleh rujuk kat SINI untuk tengok syarat-syaratnya dengan lebih detail yer... ops, sebelum saya lupa, bantuan ini hanya untuk anak-anak yang dihantar ke TASKA sahaja yer... dan ada senarai TASKA yang dipilih untuk bantuan ini..korang boleh semak nanti kat link yang saya tinggalkan tu k...


so, good luck pada semua...


p.s: bukan rezeki saya, takpela... beri pada yang lebih memerlukan.. betul tak?




 

You Might Also Like

10 comments

Instagram

Subscribe