Bila free diapers.,.

June 11, 2014

salam semua,

Idlan sekarang dah 50% free diapers...kiranya dok rumah mmg dah tak pakai diapers, tapi ada masa dia kena pakai iaitu masa tidur dia sebab dia asyik terbabas jer. dan dia akan minta pakaikan diapers bila nak 'membuang'...dah suruh gi tandas...taknak jugak.., padahal kl time nak basuh atau kencing boleh plak dia mencangkung kat tandas tu...

dan lagi satu yang buat saya stress, kejap-kejap nak gi tandas..konon nk kencing katanya..tapi bila masuk dalam tu dia dok main air...dan 1 lagi kejap-jejap nak mandi....alasan yang dia guna nak kencing...ei, sehari dekat 5-6 kali mandi...dah tu bukan mandi sorang-sorang..kadang dia ajak adik dia, si Irsyad tu mandi sekali..Irsyad ni plak pantang nampak abang dia mandi...dia pun kerja nak join jugak...

ai, nasib baikla saya cuti seminggu jer...kiranya seminggu ni jela kot dia buat perangai...janganla pasni buat perangai lagi...erm, camna nak handle benda macam ni? saya ni dah tak larat nak marah, pukul dan berleter dah... kalau senyap makin menjadi-jadi dia...kadang-kadang saya biar jer dia dok dalam bilik air tu..biar sampai dia sendiri keluar..biar dia sampai kecut...geram punya pasal...

kawan-kawan ada cadangan?


You Might Also Like

4 comments

Instagram

Subscribe