Dalam dilema

June 03, 2014

salam semua,

saya dah lama pikir pasal hal ni.. sebenarnya saya runsing...tak dapat nak pikir macam mana benda ni akan berlaku dengan lancar nanti...mungkin korang yang dah ada pengalaman oleh bagitau orang yang takde pengalaman ni..huhu..

ok, Idlan tak lama lagi dah nak 5 tahun.. bila 5 tahun dah kena register sekolah rendah kan? so, saya pening kepala pasal hal ni la... rumah saya kat Semenyih. Kami (saya dan husband) kerja kat Serdang. Soalan saya, kat mana patut saya registerkan Idlan? Kalau ikutkan kena register ikut alamat rumah kan? tapi kalau saya registerkan dia kat sekolah di Semenyih, macam mana dia nak pergi sekolah? dan saya ingat nak hantar di ke sekolah agama jugak.. so, pagi ke sekolah agama, petang ke sekolah rendah..masalahnya... dalam tempoh dia nak ke sekolah rendah tu, macam mana nak buat? siapa yang tengokkan dia? dia nak mandi ker apa camner? nak hantar daycare kejap sangatkan? kalau nak biarkan dia sendiri yang uruskan agak-agak boleh ker? yela, masa tu dia dah 7 tahun kan...mungkin dah boleh berdikari sendiri yer?

tambahan:
jarak pergi balik dari rumah saya sejam lebih la jugak.. sebab jam especially kat Semenyih tu.. tu belum kira tol lagi..dengan waktu rehat yang sejam tu camner nak ulang-alik uruskan dia?

korang yang ada pengalaman share la dengan saya.. tak reti ni..huhu...

You Might Also Like

9 comments

Instagram

Subscribe