5 Tips meningkatkan pendapatan blog anda!

June 02, 2014

salam semua,

hari tu saya dapat emel dari Nuffnang... mungkin dia kesian kot tengok earning saya sikit jer.. pastu tengok saya tak update-update pun (hahaha).. so dia hantarla emel pembakar semangat ni kat saya...rasanya ramai jugak yang dapat.. cuba korang cheack balik emel korang tu kot-kot ada...

antara tips yang diorang bagi kat saya ialah:

1.  Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. 
"Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari."

-> memandangkan minimun hanya 20 view... rasanya korang bolehla usahakan sekurang-kurangkan 1-2 entri setiap hari..macam saya yang tak berapa rajin nak update blog, view sehari adalah dalam 13-30 sehari.. tu kalau tak update.. kalau update adalah dalam 70-80.. tak berapa mesra SEO sangat.. so, saya kena usahakan untuk dapat view sekurang-kurangnya 100 sekarang ni... huhu, kena rajin-rajinla update pasni...so, pada yang belum pernah dapat sebarang CPUV insya allah.. kriteria pertama ni senangla bagi korang...

2.  Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! 
"Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads"."

-> Susunan iklan tu kena betul.. kalau boleh letakkan iklan nuffnang tu atas sekali (terutamanya kat sidebar)..barulah pihak pengiklan yakin pelawat-pelawat yang datang ke blog korang akan nampak iklan-iklan diorang tu.. kalau letak kat bawah, mungkin 50% jer yang nampak kan.. tu pun kalau entri korang panjang..

3.  Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! 
"Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan."

4.  Memahami pembaca blog anda. 
"Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda."

->tips ke3 dan ke4 ni korang sepatutnya tahu kan.. blog korang tu berkisarkan apa.. target audiens tu sapa.. dan sapa plak yang rajin baca blog korang...kalau dah tahu hala tuju, matlamat blog tu lebih jelas.. erm, saya pun baru paham sikit-sikit bab ni...so, apa yang korang pilih masa update survei tu adalah penentu kepada jenis iklan yang akan singgah ke sini...

5. Pengiklanan banner Nuffnang. 
"Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan."

-> paling bagus ialah korang letakkan ketiga-tiga jenis iklan yang ada kat blog korang.. pastikan susun atur tu betul.. (hehe, blog pun kena tahu susun atur tau, bukan rumah jer)...

okla..itu jer tips-tips dari pihak Nuffnang pada say buat masa ni... pada otai-otai yang lebih tahu pasal cara nak tingkatkan pendapatan ni korang bolehla rujuk diorang...mereka lebih arif...entri ni khas untuk mereka yang masih lagi belum berjaya dapat kunjungan dari Nuffnang... so, jomla kita sama-sama beramal dengan tips-tips ni supaya lepas ni lebih banyak CPUV hinggap kat blog kita..hehe

You Might Also Like

6 comments

Instagram

Subscribe